Saturday, November 26, 2011

back to back johor.

yeah ! im back be a johorian people. seronok gilerrrrr.. hahaha. baru je balik dari jalan jalan at jb . stay uma mia at pontian . giler best . da lama tak enjoy macam gnikan. haha . thanks tu my bro ijan sebab suke belanja kami. heheh . ad masa update lagi. ngantok nie. huhu. babai. :)

Friday, November 18, 2011

sem 2 ! im coming . :D

yess ! alhamdulillah . akhirnya aku dapat menapak ke sem 2 . syukur sangat2 dapat masuk ke sem 2. ahad nia dah balik. budak sekolah start cuti. kami budak uitm masuk . ahaha. budak uitm seyh ! :P
tapi sem dua nie akan kurang best la macam sem 1 . yela. sem satu ahli penuh . hapy . lepaking dengan kawan . everything yang aku buat sem satu ada pengajaran and ada kebaikan. kalau yang buruk tu , aku buatkan pengajaran dan try make a change untuk sem 2 ini . apa yang aku pikir sem dua bukan lah tempat untuk aku hua hua lagi . cukup lah sem 1 aku puas enjoy . YA ALLAH . aku berharap agar sem 2 ini aku akan buat terbaik untuk masa depan ku YA ALLAH . harap lah engkau membantuku dalam kehidupan ini YA ALLAH . harap la aku dapat mengantikan tempat bapa ku YA allah . aminnnn..
memang impian ku ingin gantikan bapaku bekerje sebagai pertanian . harap la selepas ini aku akan berubah dan ingin berusaha untuk terus maju . apa yang aku harapkan selepas ini. kami yang tinggal terutama budak dorm akan fokus belajar dan terus maju untuk mencapai target sebagai pelajar dekan . harap lah selepas ni aku tidak lagi main main. bantu la aku YA ALLAH .

Thursday, November 17, 2011

surat untuk awak .

aku tak tau kenapa hari ni aku betul betul feling . mungkin sebab aku baca cite ini . hmm. ntah .and aku tau cite tu orang and pekerjaan die macam die. but tu bukan die la. ape la koranng ni. bagi takziah bagai. macam aku yang kene kan . huhu . then aku tetiba dapat idea nak bagi surat kat tulang rusuk aku . yea. adakah awak bakal tulang rusuk saya ? hehe, insyaALLAH . kalau ada jodohkan. hahahah .
setiap perempuan ingin mencari suami yang soleh kan . and setiap lelaki nak cari perempuan solehah . ada ke tak macam itu lagi . hmm. ini mungkin salah satu ciri yang mungkin aku nak. kalau lah aku dapat . subhanallah. bersyukur sangat .

ni la yang wanita selalu mengharapkan bakal tulang rusuknya kuat iman nya. solatnya cukup lima waktu . kuat mengaji. kenapa ? sebab wanita ingin bakal suaminye itu dapat membimbing dia dan bakal anak anaknya .


wanita ingin bakal suaminya itu mengajar anaknya mengaji, sembahyang dan sebagainya . aku ingin lelaki itu membantu aku untuk dekat dengan lebih dekat kepada ALLAH . membantu aku dan anak anak mengaji .

 aku pernah erjumpe seorang insan ini. aku nampak die ada ciri ciri ayah yang baik. aku nampak. tapi malangnya . aku tak dapat jumpe die lagi. mungkin bukan jodoh kite untuk membantu bakal anak anak kite .
hmm. and selalu wanita mengharapkan bakal tulang rusuknya itu ingin mambantu die dalam kehidupan. saling menasihati dan sebagainya.

doaku kini cuma aku berharap lelaki itu membantu aku bila langkah kaki aku terpesong ke arah yang lain. aku harap di kala itu , bakal suamiku mendapat menarik aku kembali ke arah yang lurus . waktu aku terleka dengan duniawi , aku berharap tulang rusuk ku memberi peringatan padaku . dan aku berharap sangat , saat itu bakal tulang rusuk ku , memandang aku dengan penuh kasih sayang , dengan penuh berharap agar membawa ku bersama sama melangkah ke arah syurga . dan jangan la bakal suami ku itu meninggalkan aku terumbang ambing sewaktu aku perlukan bimbingan mu . tolong lah pimpim aku ke arah yang benar .

jika benar ada lelaki itu , datanglah padaku. katakan padaku .akulah bakal tulang rusukmu .



sebenarnye aku tade mod taw . tapiii. hmm

spaghetti ♥

yeah . hari ni aku buat spaghetti . my mum cakap sodapp !! nyumnyummm~~ heheh . teringat yg die suke spaghetti .
 search gogle. nak try buat spagethi yg lagi sedap konon nye . hehe . and awa made a water 3 tingkat . haha . sound intersting rite .





this is the recipe . :)



Bahan-bahan ( 4-6 orang makan )

  • 3 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 6 biji bawang merah (dicincang halus)
  • Isi ayam 1 mangkuk sederhana (ikut suka)
  • Lobak merah 1-2 biji,brocolli (ikut suka,potong kecil)
  • 3 sudu paste cili kering (sape nk pedas tambah lg ler)
  • 1 botol sos speghetti oregano + garlic kecil Kimball @ Prego
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • sebungkus spaghetti

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam periuk,masuk garam 2 sudu kecil,masukkan spaghetti,masuk 2 sudu minyak.Angkat setelah spaghetti lembut.
  2. Panaskan kuali dgn minyak,masukkan bawang putih dan bawang merah.Setelah naik bau,masukkan cili kering.Tumis sampai naik minyak.
  3. Setelah itu,masukkan isi ayam.Masukkan sedikit air,biar sekejap.Kemudian masukkan semua sayur.
  4. Then,masukkan sos spaghetti.Gaul rata.Dan bolehlah dihidangkan bersama spaghetti.SELAMAT MENCUBA..\




dah habis baca sedekahkan al-fatihah .

cite ni aku copy dekat this blog ini . click k . mmg sedih la cite die. after habis sedekahkan al-fatihah k. 



Assalammualaikum :)
Heyyhoyy my dearest friends, stalker nd haters.
Sorry cause private blog nd sorry cause tk update.
See my blog ?
Simpleee sangat sangat kn?
Okayy, see my background?
Blue right?
Kayy cun, Warna biru adalah kegemaran arwah faiz.


Rasanyaa semua orang dh tahu pun kn yg aku excident?
Kecoh. Cepat betul trsebar. Lagi lagi kt sekolah.
Hm kayy kejadian berlaku dkt dgn padang sekolah. Luar sekolah okayy babe.
Tp, mcm mcm cerita buruk yg aku dgr dr mulut mulut puaka kt luar sane kn?
Mcm mcm kutukan yg aku terima. Babe, please stopp keep talking bout us.
Korang tk tahu cerita sebenar so pleasee jgn hentam buta mulut korang jee bercerita.
Untungg lhaa aku masih boleh bersabar.

Semua pun tahu Bf aku dh Meninggal Dunia. Kn ?
Al-Fatihah ;'(
Yee, memang ramai trtanya tanya kejadian yg sebenarnya kn?
kayy sebelum bnyk lg cerita tk sedap di dengar sampai kt telinga aku,
sekarang aku ceritaa kn kayy?

29Oct2011 Jumaat : Hari yg arwah busyy sgt dgn kerja dia sampai kiteowg jrg txt nd cll. Sokayy, aku paham kau kerja kn sayangg? Lyouu <3 :*

30Oct2011 Sabtu : Hari sabtuu tuu jugaa pun arwah busyy sampai dia tk sempat nk hantar aku kt rumah wawa dengan alasan dia suruh aku duduk rumah tlg mama buad kerja. Kayy fine aku ikot ckp dia cause dia nk aku jd anak yg dgr cakap ibu bapa. Nice nd good man <3 :* Petang sabtu tuu kn, kepala aku pening nd mlm pulak dlm pukul 9.30 pm aku txt arwah cbb nk ckp kt dia yg kepala aku pening, tambahan lg dgn mata sebelah kiri aku brdenyut bagaikan nadi. Mata kiri aku brdenyut itu tandanya yg aku akan menangis. Hati aku dh tk sedap, aku tahu itu petanda yg sesuatu bakal trjadi dn akn membuatkn aku menangis. Aku abaikan perasaan tuu kejap, Hm arwah tk balas pun txt aku, so aku decide untk tidoo sebab aku tahu dia busyy.

........ Phoneee masih lg dlm genggaman aku masa aku tidoo, tiba tiba aku trsedar cause ada txt masuk from LOVE <3 Akuu bukaaa txt tuu nd isi kandungan txt arwah masa tuu sangat buad hati aku trsentuh. Txt arwah aku baca banyak kali : Where were u syggs , me miss alot . Hope tht we nvr break again . N hope u'r mine until death . Love u vry much . Muahx ! 
........ Txt arwah yg td tuu sgt menyentuh perasaan aku. Ayat wrna biru yg aku highlight kn tuu jugaa petanda kn? Hm yee sayangg, betul ckp awak. sayaa milik awak sampai awak meninggal. Kayy now baru aku paham kenapa dia sembahyang istikharah untuk minta petunjuk siapa jodoh dia,nd akhirnyaa dlm mimpi, dia mimpikn aku. Jd baru aku paham rupa rupa nyaa aku adalah Cinta Terakhir nd Cinta Mati arwah. Aku insan yg trakhir melengkapi dn menyerikn hidup dia. Aku adalah jodoh yg ditentukan oleh Allah SWT untuk dia hingga ke akhir hayat dia.
......... Sabtu hari yg arwah busyy kn? Tp aku sempat ckp kt dia yg aku nk stay one whole day with him pd esok hari nyaa.Tk sangka jugaa itu hari terakhir aku bersama arwah.

31Oct2011 Ahad : Kayyy mcm biasa,aku bangun pagi then txt GoogMorning fr Him. <3 Then kiteowg txt smpai  10.30 am nd lepas txt aku dgn dia terus brsiap nk keluar. 
........Tepat jam 11.15 am aku keluar rumah dgn memaklumkn kt mama yg aku keluar nk jmpe dia nd mama tk marah pun cause mama dh tahu nd restu hbgn kiteowng :) Thnks mama lyouutoo :*
.... Keluar sajaa dr rumah, aku dgn dia bukan terus awayy to Jusco Bukit Indah, tp aku teman dia buadd kerja OT kt restoran mana lagi, restoran tempat dia mencari rezeki. Sementara tunggu arwah siapkn kerja dia, aku makeover diri aku. Aku makeup dpn dia sampai dia trsengih geleng geleng kepala tgok aku nd ckp ' Haisyy, perempuan perempuan, makeup jeee ' Lalu aku trsenyum dn brkata ' Alahh, ma makeup nie untuk pa jee kn ' Hihihi <3
........ Lepas dia siap kerja dlm restoran, kiteowg stay dlm kereta kejapp sementara tunggu Kak Shiela anak tauke kedai bawak brg brg kedai cause dia kene punggah brg brg tu dr keretaa Kak Shiela nd masokkn dlm stor restoran. Kesian tw. Berat btol. Tp, itu kerja dia. Kerja nd rezeki yg halal. Masa arwah angkat barang, aku pakai phone dia sebab nk tangkap gambar muka aku yg serabai masa tuu. Haaa, bnykk tw gambar aku dlm phone arwah. Arwah ckp tk payah delete. Lepas arwah siapkan kerja memunggah barang tu, dia masokk dlm kereta then aku ad snap gambar aku dgn dia sekali. That time muka dia nga trmenung. Maybe. 

...... Masih lg pada tarikh yg sama, lepas uruskn kerja arwah tuu, kiteowg terus pergi rumah dia cause dia nk tuka baju nd seluar. Tp, aku tunggu dlm kereta jee tht time cause aku segan dgn mak dia. Hihi <3
Sebelum gerak Jusco, dia ckp kt aku yg kawan dia, Sunny. Mintaa tolong buad report polis bout something yg aku tk boleh cerita kt sini. Hnya aku, arwah nd tuan punya bdn si sunny tu jee yg tahu. Lepas arwah siap tuka baju, kiteowg terus pegy rumah Sunny. Then Sunny yg bawaa kereta arwah. So, aku kene duduk belakang sorang sorang cause arwah duduk depan teman kawan dia. Hii. Dari pukul 2 sampai pukul 4 kiteowg pusing ke sana ke mari sampai ke bandar kiteowg merayap nk selesaikan kes Sunny. Masa kt bandar, Kiteowg singgah lepak makan kt restoran yasin. Arwah makan dgn selera dn itulah makanan terakhir yg arwah makan sebelum kejadian berlaku.
...... 4.30 pm kiteowg hantar Sunny balik rumah. Then aku dgn arwah pusing pusing kt taman perumahan sebelum pergi Jusco. err kayy, nk diceritakan sebenarnya.. Adaa satu kereta polis peronda kejar kereta kiteowg cause polis tuu ckp kereta kiteowg nampak pelik. Why pelik? Cause kiteowg pusing pusing kt taman perumahan nd tambahan lg, kereta milik arwah nie Cermin nyee gelap. So sebab tuu lhaa polis kejar. Polis igt kiteowg nie perompak. Haisyy --'' Arwah pulaa cuak cause polis tiba tiba kejar then arwah terus pecut kereta laju sampai nk keluar simpang 4, ada sebuah kereta Vios hentam kereta kiteowg bahagian pemandu. Jd, sebab tuu lhaa arwah kene teruk. Kereta Vios tuu langgar tempat pemandu. Aku? Aku trhumban keluar cermin pintu belakang. Kereta kiteowg brpusing smpai brhenti dkt dgn pokok. Ya Allah, Hanyaa DIA sajee yg tahuu betapa sayuu nd sebak nyaa hati aku nie bilaa tgok keadaan arwah yg masa tuu darah keluar melalui telinga kanan nd hidung tnpa brhenti. 5minit kemudian, Ambulans dtg. Aku ikut jugaa dlm ambulans tuu sampai ke hospital.
...... Lebih satu jam arwah dlm Zon Kritikal, then doct panggil aku. Doct ckp mcm mcm kemungkinan boleh brlaku cause arwah mengalami pendarahan dalam otak. Air mata aku tk berhenti keluar :'(

..... Arwah kemudian dilaporkan stabil nd dia koma then dimasukkan dalam I.C.U .. Aku hanyaa sempat melawat arwah kt I.C.U dua hari sahaja.

...... Hari jumaat, aku balik kampung cause Hari Raya Aidiladha hampir tiba. Hati aku sayu nk tinggalkan JB masa tuu. Selama tiga hari aku kt kampung, Hati aku jd tk tenang nd gelisah dgn tiba tiba. Aku tk berhenti sedekahkan Surahhh Yasinn untuk dia .
...... Isnin pagi 7Nov2011, aku brtolak dr kampung ke JB . Dr pagi sampai ke petang aku hanya fikirkn dia.

..... Petang tuuu, aku dpt cll dr kawan dia Bob, bob ckp masa dia melawat arwah tengahari, dia tgok air mata arwah mengalir nd keadaan arwah tiba tiba kembali kritikal. Aku hanyaa mampu brdoa masa tuu cause prjalanan aku masih jauh untuk sampai ke JB .

5minit kemudia, aku dpt panggila dr seorang lelaki, maybe abg ipar arwah. Abg ipar dia suruh aku dtg hospital sekarang untuk bg semangat kt arwah. Airmata aku tk berhenti mengalir. Risaukn keadaan dia :'(
.......  Aku dpt panggilan lg dr Bob, bob ckp ubat dh tk boleh masuk dlm badan arwah nd bila bila masa jee arwah boleh pergi :'(

10minit kemudian. aku dpt panggilan waktu maghrib dr adik arwah. Adik dia ckp: Faiz dh tk ada. :'(
.... Bdn aku tibatiba jd lemah. Kaki aku tk kuat untk brjalan. Hanya airmata yg menceritakan betapa sayu nyee hati aku masa tuu. Aku terus peluk mama :'( Masuk jee dlm surau, aku terus brdoa untuk arwah.

Aku tk sangka, Isnin 31Oct2011 itulah hari terakhir aku bersama dgn arwah :'(
Aku orang trakhir yg dpt brgurau senda dgn arwah.
Aku org trakhir yg dpt brbual dgn arwah :'(
Ya Allah, memang berat dugaan nie.
Tp, aku harus kuat demi dia.
segala brg yg dia bg kt aku, kini tinggal kenangan.

Demi arwah, aku sanggup lepaskan cita cita aku untk menjadi seorang akauntan.
Aku akan sambung sambung cita cita arwah untuk menjadi seorang Guru :')
Aku akan buad dia bangga .
Janji aku pd arwah, akan aku tunaikan.
Aku dh brjanji pd arwah yg aku akan dptkn Ijazah sebelum aku kahwin.
Itu janji trakhir,
Aku haruss mendapatkn Ijazah dn menyambung cita cita arwah sebab aku tahu dia pasti akan gembira.






p/s : bertuah insan tu bile mndapat cinta sejati nye sampai matikan . hmm. keep strong gurl. :)

Wednesday, November 16, 2011

oke. aku baru je berbaik dengan die. 
ok. aku baru je bukak wall die.
ok. menyesal aku bukak wall die. 
ok sekarang aku sakit hati .
ok . sakit sangat .
ok. ko berjaya buat aku terluka.
ok. korang sweet sangat .
ok. men tkar tukar lagu .
ok bye . -.-


korangg !!! Y_Y

tadi jejalan kat gogle. then jumpe satu perniagaan . perniagaan yang best sangat. die jual tedy bear . yang besar besar ang murah sangat . best . penjual die tu pon lelaki taw. memang aku jatuh cinta la klau ade yang orang bagi aku tedy bear besar tu. tak janji la. haha. aku nak tedy bear tu. korang bagi la hadiah tu kat aku . nye . ni link tok tedy bear tu.pilih la korang nak bagi aku yang mane . rm 140 tu oke. tapi bek amek yang rm150 terus. beza rm10 je. bek bayar terus rm150 kan. hehe . mana mana korang bagi pon aku terima . click ini .ha. korang click k yang berwarna tu . tu die punye blog. ni alamat aku k. thanks ea korang . ^_^

SITI HANISA BT ABDUL RAUF.
RUMAH KAKITANGAN FELDA PALONG 5 ,
73740 GEMAS , NEGERI SEMBILAN .


*macam ada orang nak bagi jekan . =.=' . teruskan berangan. Y_Y

sebulan aku dok umah . ^_^


yeah ! mari aku senaraikan pe yang aku buat cuti sem 1 . hihi. ^_^

1 . sleep .

sleep is my favourite subjek . haha. dalam cuti ni. aku spend time masa dengan cuti. haha. yeah ! qada' tidur yang tak sempat kat kolej tue. haha. but sometimes tidur aku terlebey . and ada one day ibu mengamuk. hahaha. gile teruk kan aku nie . hahah .

2 . ngadap laptop .


aktiviti kedua yang aku slalu buat ni la. haha. ngadap laptop. and then main facebook, twitter , tumblr and walking blog . hahaha. tu la keje akukan. sampai pukul 2,3,4 pagi. ibu da nak bangun baru aku nak tido. hahah . tu la zaman sekarang punye budak . =.=' tetiba . hahah. betulkan . and mula la tidur lebey . heheh .


3 . memasak .
memasak adalah aktiviti yang saya jarang buat la. hihihi . sejujurnye (amboi. ) cuti sebulan ni saya jarang masak. haha. buley kira kat jari la bape kali. and nak buat spegeti pon tak sampai sampai lagi ni. aduhai. hahah . camne nak kawen nie nak oii . hahah .

4 . find my soulmate and future father . ^_^

hahah. aktiviti nie la aku try cari start aku cuti ritu . hehe . mencari mr.RIGHT . tengok fb . and inbox. him. yes. him. and ramai yang text aku. ambil no nie .(konon)but sory to say . aku tak balaskan mesej korang sume. yea. kata nak cari soulmate, but nak balas mesej pon tak. hahah.so. plan tok cari soulmate fail.. tettttt!!! gagal. gagal . gagal . semua nye nak kene ngan taste aku . annoying . him is more perfect .hesh ! tamo la. think future study la. hehe . so cari soulmate cancel.

5. beramah mesra dengan jiran .
yeah !! ni HARAM aku tak buat langsung ! hahah. aku tak kenal jiran aku pon. haha . yang aku kenal pon sorang je . masa aku kenal time aku ITU tu . tu pon kiteorang chat je. tak penah lepak sesama . haha. keje aku duduk umah je . aku keluar pon time nak angkat kain baju je. hihi . baikkan aku . dok umah je. tak bersosial. tu la namenye anak dara . hihihi .

6.HOLIDAY~~ 

yeaaaa . bercuti jgak aku . heheh .memang dah plan lama dah cuti nie . then alhamdulillah allah permudahkan. akhirnya kami sekeluarga bercuti kat sabah . sampai jugakkan aku kat sabah . heheh .best la. pengalaman yang menarik bagi aku . and sabah memang lawa , n menarik. seyes. pergi snorkling . pergi gunung k.kinabalu.air panas poring .  makan seafood jekan. haha. tapi. alhamdulillah mase makan seafood tu aku tak kene alahan. makan seafood pon sikit je taw. kalau makan banyak memang masuk hospital sabah la aku . hahah . pape pon memang best la bercuti .heheh .
and masa pergi bercuti tu. asyik makan je kan. memang aku kembali gemok . haha. baru nak kurus cikit . ciss!! hahahaha . ramai yang tegur. ee ! da gemuk. ok. aku tau tuu . diam !!

7. baik pulih muka .
aiyaya . ni la yang melemahkan aku. hmm. sejak rentasi until now. muke tak teruk lagi. aduh . muke buruk . harap je edit lebih . hahah . jerawat berleluasa . parut makin teruk. campur pulak dengan parut chickenpop . memang bergabung hebat la kan . akhirnya aku pergi klinik . yeah . tu la hasilnya. makan ubat . sh**!!

tu sahaja yang aku rasa aku lakukan masa cuti nie. kalau ada tambahan akan tambah masa ke semasa . haha . mmg life aku bosankan. haha . oke. byee !!!

Monday, November 14, 2011

U.B.A.T !

yeah !!
9.30 a.m : dik bangun .makan ubat .
3.30p.m : dik dah makan ubat .?
9.30.p.m : makan ubat dik .
3.30a.m : tape. aku dah ingt dah . makan ubat .
kehidupan aku kini makan ubat sahaja . aduhai. sebu perut aku makan ubat hari hari gini . haha . =='

Sunday, November 13, 2011

dan .


Dan

Artist: Sheila On 7
Dan
Bila esok datang kembali
Seperti sedia kala
Di mana kau bisa bercanda

Dan
Perlahan kau pun
Lupakan aku mimpi buruk mu
Dimana telah ku tancapkan duri tajam
Kau pun menangis menangis sedih
Maafkan aku

Dan
Bukan maksud ku
Bukan ingin ku melukaimu
Sedarkah kau di siniku pun terluka
Melupakanmu menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala

11.11.11

semua orang sibuk pasal 11.11.11 dieorang tu . kalau mendirikan masjid tu alhamdulillah la. but im scare kalau tetiba timbul 9 bulan akan datang akan ada kes pembuangan bayi . haa ! yang tu apa kita nak jawab nanti . banggakan sangat 11.11.11 korang nie. tak tau ke bende nie tak baik . time nie la heboh nak dating , nak semua . sebelom ni nak dating tak heboh pon . tetiba 11.11.11 tulis kat facebook , twitter esok nak dating ngan abg saia ! huh ! untung la ada pakwe . aku ! haram ~
and one morething 11.11.11 hari tu. time senja . SUBHANALLAH  petir kuat gile kat n9. seyes. aku hadapinye. sumpah aku takot . and tgok la berita and paper . kemalangan yang menyebabkan hilang nyawa kat 11.11.11 tu .
hmm ! banggakan la 11.11.11 korang tuu. banggakan sangat . tunggu 9 bulan nanti yeea.

Friday, November 11, 2011

whhopppp!


tade kene mengenapon gamba nie ngan cite aku . just nak cakap . peritnye . 


dah beberapa hari aku tak topap . well. nobody want to know about me. kalau aku topap macam ada orang pulak nak mesej dengan aku . haha ! suck ! memang tade sape yang prihatin kat aku . fon sunyi jee .




copypaste . *mcm true story kan ?

Situasi Putus Cinta: Lelaki vs Perempuan.



"Hey dude! What's with that gloom face?"


"Girl aku. Kitorang dah clash. Dia kata hubungan ni takkan kemana."


"Chill sudehh. Dah jom siap! Match nak start dah ni. Jangan lupa sarung jersey merah tu. Tak feel la tengok bola takde jersey favourite team."


*Mood regained.


"Yelaa. Daripada kau stuck kat sini tak buad apa fikir girl kau yang dah jadi ex. Lagi baik kau lepak dengan kitorang."


"Ye la bro. Betul gak cakap kau. Lagipun benda dah jadi. Aku cuma harap dia bahagia je lah lepasni. Dah jom lah siap."

Tengok situasi di atas, aku rasa yang baca boleh dapat gambaran. Situasi 1, perempuan yang memutuskan hubungan. Dan lelaki tu bersedih dengan perpisahan tu. Tapi tak ambil masa yang lama untuk kembalikan mood. Satu dua ayat pujukan kawan dia bagi, dia dah boleh back to normal dan lakukan aktiviti seperti biasa dengan kawan-kawan.

To girls I would like to refer this.

Kita selalunya mudah menyalahkan dan meragui sang lelaki. Kenapa? Kerana lumrahnya, apabila hubungan kita berakhir, sebenarnya kita akan bersikap lebih paranoid dari biasa. Sehari lepas kata putus hubungan dibuad, ternampak dia lepak dengan kawan-kawan kat kopitiam favourite tempat dia selalu hang out. Dia ketawa. Bergurau senda. Makan pun berselera. Sedangkan kita tadi nak keluar rumah pun rasa tak bermaya nak melangkah. Tak ada mood nak bersiap memalit gincu secalit dua. Tup tup nampak dia, "waahh kemain seronok lagi kau lepas dah clash ya? Dulu bukan main janji bergunung-ganang. Tengok tengok kau macam happy je sekarang?"


True. Perempuan selalu curiga dan akan memerhatikan tingkah laku si lelaki yang baru bergelar ex-boyfriend. Ini reflex yang normal namanya. Tak kira lah hubungan putus disebabkan siapa. Tapi yang perempuan, once their relationship ended, ada tendency untuk permulaan waktu tu dia akan ambil berat akan reaksi ex-guy selepas clash. Masih sayang lagi atau tak. Itu bukan persoalan utama. Yang ingin dinilai di mata si perempuan; apa reaksi si dia bila dah putus.

"Adakah dia turut bersedih seperti aku?"
"Basahkah mandinya? Berselerakah makannya? Lenakah tidurnya?" bla bla bla and so on and so forth.

Tak kira tahap apa paranoia yang perempuan ada lepas relationship ended, what can I say is, guys, notice this. Perempuan ada paranoia dia sendiri once hubungan korang putus even though mungkin hubungan tu putus berpunca dari dia sendiri. Dan please be prepared. Anda akan menjadi bahan eksperimen mata ex-girl untuk suatu jangka masa.
Dalam jangka masa tertentu selepas clash, whatever responds or reactions yang anda bagi akan dinilai ex-girl anda. Macam menakutkan pula bunyinya. Hihi.

Ada sedikit nasihat buad yang perempuan. Yes, apa yang kita nampak, itu suatu impression. Bila kita nampak si dia macam senang hati, macam takde effect apa-apa lepas clash, padahal kita dah berbesen-besen air mata tumpah kerana dia; sila jangan assume dia tak peduli. Jangan assume dia penipu. Jangan nak emo kata dia tak bersedih atau terkesan dengan perpisahan korang. Siapa yang kata lelaki takkan menangis atau bersedih kerana perempuan yang dicintainya? Lebih-lebih lagi bila perhubungan dah berakhir. Siapa yang kata? Kita lah perempuan yang kata macamtu. Mungkin hakikatnya dia turut bersedih. Tapi dia tidak memperlihatkannya kerana tidak mahu dianggap lemah. Sometimes aku yang sebagai perempuan ini ada berfikir yang hati lelaki lebih kuat berbanding perempuan. Mereka berupaya menyembunyikan kesedihan. Dan masih mampu melakarkan senyuman dan melakukan aktiviti harian seperti biasa biarpun apa jua situasi yang berlaku di dalam hatinya.

Situasi yang ini adalah situasi umum. Tidak dicemari elemen kecurangan, ketidaksetiaan atau ketidakjujuran.

Stiuation 2: Girls.

"Sayang, hey kenapa menangis peluk-peluk lutut ni? Gaduh dengan Shah lagi yea?"


*Tersedu-sedan


"This time he decided to end it. Dia clashkan aku, Biha! Dia dah tinggalkan aku! Wuwuwuwuwu"
*Oke fine. Agak buruk menangis guna notation wuwuwu tu.


"Zue, calm down, okay? Jangan lah macamni."
"Biha, please leave me alone. Aku nak masa untuk bersendirian."


"err okay Zue. Sabar okay? Ada apa-apa nanti call Biha yea. Take care."


.....dan Zue pun mengunci pintu biliknya dan berhari-hari berkurung di dalam bilik dan menangis.  Mascara yang dah berjejeh kotor dibasahi air mata dah tak dipedulikan. Makan tak mahu. Mandi pun takmahu ke? Entah. Taktahu.

Situasi girls version ni ada banyak situasi sebenarnya. Aku amek satu contoh je la daripada banyak-banyak tu. Ini cuma satu situasi eh. Bukan mewakili semua perempuan yang ada.

Ada perempuan yang bila clash dia buad perangai macamni. Emo tahap memang dah takboleh nego lagi. Sedih dan muram. Berbungkam dalam bilik berhari-hari. Dan ada certain maximum paranoid-psycho cases, waktu jiwa tak stabil, dia call dan text bertubi-tubi dengan content herdikan, caci-maki dan ugutan kepada si ex-guy. Sampai satu tahap, ex-guy kena tukar nombor. Ada juga kes yang ex-girl serang ex-guy in public. Tapi tak pernah lagi aku witness kes yang ni. Ni kes perempuan psycho dah aku rasa.


This one I refer to guys pula.

Let's say kau dan si gadis A baru clash. Macam biasa, kau keluar rumah, pergi kedai cari barang. Tiba-tiba kau nampak dia. Kau pun tegur. Oke fine kalau tak tegur pun, kau senyum. Tak pasalpasal, "PAAANGGGGG!" Dia berlalu pergi dengan marah. Apa patut kau rasa?

"Apehal takpasalpasal aku kena pelempang pulak? Aku just nak berbaik dengan dia je. Apekedehal la perempuan ni." getus hati kau yang agak bengang diperlakukan sedemikian. Bagi kau, macam takbersebab je si A nak naik angin bagi pelempang free kat kau. Kau rasa kau dah cuba usaha dah untuk jernihkan hubungan at least sebagai kawan walaupun korang dah takde hubungan apa-apa dah. Kau bagi susu, dibalas dengan tuba.

Sebenarnya guys, situasi sebenarnya macamni.

Memanglah niat kau nak kekalkan hubungan baik. Tapi tindakan menegur dia waktu-waktu baru clash adalah suatu langkah yang tak berapa nak bijak.

"Takguna punya jantan. Kau baru clashkan aku lepastu kau boleh lagi buad-buad macam takde apa-apa yang dah berlaku ye? Amekaw penampar free aku dah bagi." ni pulak mungkin apa yang terdetik di hati si A lepas kau bertindak 'baik' menegur dia.


Kau harus tahu. Waktu-waktu baru clash ni perempuan emosi dia belum stabil lagi. Mungkin dia boleh terima perpisahan korang. Tapi mentally dia takbersedia bertembung, beramah-mesra, berjabat tangan. bertegur-sapa atau apa-apa je yang bermaksud ada komunikasi berlaku antara korang. Kalau boleh diorang akan cuba untuk tak terjumpa atau tak terserempak langsung dengan korang kat mana-mana. You got to understands that. Mungkin kau cepat sesuaikan diri dengan situasi. Tapi dia mungkin akan ambil masa lebih lama dari kau. Itu normal.

Thursday, November 10, 2011

when im started gettin BORED !

yeah ! bosan duduk rumah . seperti lazimnya kan . hahaha . on9 on9 on9 . sampai aku dah muak on9. aku mula la buat keje giler . HAHAHA . ari selasa tu . sumpa aku bosan giler. nak on9 bosan . then aku pergi bilik mak aku . HAHA ! buat jahat ler tuuu . nak mencuri ler tuuu .HIHI !  tak tak ! aku buat baik taw . aku masuk bilik mak aku. then tengok tudung mak aku serabut giler. then aku p la try pakai sume . HAHA . sumpah burukkan ! HEHE ! patu aku try try try , aku dah penat . aku duduk . n amek semua tudung mak aku n kemaskan . hahaha . cantik. KENE PUJI PULAK TUU ! hahah . ko ade ?! tade kan . patu aku kemas shawl shawl aku. and . dah siap. tataw nak buat ape. aku tetiba cakap kat mak aku. bu , siang ikan . lapooo(buat muke kesian). HEHE ! pemalas kan aku . huhu. tapi ibu tak layan patu terus tido. aku suh awa . awa, siang ikan . patu goreng . lapoooo(buat muke kesian) . HIHI . memang makan penampar la kan. haha . aku pujuk pujuk pujuk. tak dapat . awa suh goreng sendiri . huh ! skali tengok ibu dah bangun . aku dah lapo sgt terus aku amek ikan enam ekor then g siang ! HAHA ! semart la aku siang . kalau pertandingan no satu ni . kebersihan tiptop ! pakai apron . patu dah siang taik ikan terus hilang . mane pegi ! kucing makan ! HAHA ! aptbkan. ==' . dah siap aku pon p la amek kunyit goreng semua . yippie !! goreng ikan . HEBATKAN ??!(buat muke bangga) aku rasa . sedapnyaaa !! tapi!! nape masin . arkk !! tak sabar nak kawen ke ? HIHI ! nonsense . tade sape nak aku . puii ! HAHA . tu la cite aku bile bosan . saje nak merapu . HEHE .

ini mumy punya tudung . tak termasuk dalam almari lagi nie ! HEHE. lagi kemas u knoww . (riak)

haa !! nie den punyoo . nie jo . dalam almari tado dah . HAHA . sikit yoo ! HIHI!


p/s : yeah ! aku ada kemajuan . walaupon jarang masak kan. atleast pena la try siang ikan . ko ade ? HIHI . :P

Wednesday, November 9, 2011

S.T.O.R.Y .

#all this picture take from tumblr. #tak kne mengena hidup and mati. :D


life life life . sejak dua menjak nie aku asyik pikirkan die je . seyes . and sometimes it make me heart broken . then i play tumblr . and found this picture that make me =='

aku nak die slalu ade kat aku . sometimes .



and aku hoping that person takkan tglkan aku .


but , sometimes im feel like 

and. aku feel like nak mengalah . aku frust menunggu ko . and i drew this lukisan . :D

(sory)
but aku tak buley lupakan ko .im wait , waiting and waited you.

im tell my friend . but die advice me too

and find another guys at kolej . what !!! ='=

i dont mean it .


and kalau buley aku nak jadi peterpan and mandy .


to be our love forever and never end .



*hahaha ! jadi tak cite aku . tq tumblr . :) to person have A.E.I.O.U  please understand me . :D

Tuesday, November 8, 2011

cinta sejati .




´Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.

Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.
´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´
´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.
´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

beeep beeeeppp... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!

Nur Ilham Srikandi Pencinta Illahi... ♥♥ LOVE ALLAH FOREVER ♥♥